Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA .. 1430 .. MAAF ZAHIR BATIN



Teruskan membaca......

Wednesday, September 16, 2009

16 SEPTEMBER..INGATKAH KITA?

Dalam kemeriahan serta kesibukan kita menyediakan persiapan dalam menyambut Aidilfitri, dan juga melihatkan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos yang lepas seolah terasa telah lama dirai, maka kehadiran 16 September pada tahun ini tidak disedari kehadirannya. Kebersyukuran di atas penubuhan Malaysia kurang dirasai memandangkan kurangnya sambutan memperingatinya sejak dahulu lagi.. Barangkali, jika 16 September dijadikan cuti umum, mungkin akan lebih disedari?...... Rencana yang dilampirkan sebagai tatapan buat anda.

16 Sept. sepatutnya dihargai

SESETENGAH warga Malaysia mungkin tidak sedar bahawa hari ini adalah ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia ke-46. Hari ini juga ada yang langsung lupa tentang ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-76.

Satu tarikh tetapi ada dua peristiwa penting berlaku pada hari ini - 16 September. Tanggal 16 September bagi masyarakat awam adalah seperti hari biasa. Sebab hari ini bukan cuti umum sebagaimana kita bercuti untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos.

Jadi tidak hairanlah jika 16 September tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka lebih mengingati 31 Ogos daripada 16 September. Tetapi tarikh ini memberi makna yang besar kepada kebanyakan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Hari ini genap 46 tahun Sabah dan Sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia. Sejak 2008, tanggal 16 September setiap tahun akan diingati sebagai Hari Malaysia.

Dengan perisytiharan ini diharap mengubah sikap kurang sedar oleh sebilangan besar rakyat tentang tarikh pembentukan Malaysia. Ini terjadi kerana kita lebih mengingati tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 berbanding dengan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September 1963. Tetapi Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Barangkali untuk rakyat mengingati tarikh ini maka wajar 16 September dijadikan hari cuti umum di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengenang hari penubuhan Malaysia.

Lebih-lebih lagi tiada program sambutan secara besar-besaran dianjurkan di seluruh negara pada tarikh tersebut sejak dahulu lagi. Oleh itu bukan pelik tarikh bersejarah ini berlalu tanpa timbul rasa perbezaan dengan hari-hari biasa. Oleh kerana tarikh 16 September jatuh dalam bulan Ramadan, umat Islam berpuasa maka tiada sambutan diadakan.

Jika tahun-tahun terdahulu, Hari Malaysia disambut - itu pun kerana meraikan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan ia hanya diadakan di negeri yang menjadi tuan rumah sambutan itu sahaja. Liputan yang diberikan oleh pihak media juga kurang meluas.

Apakah benar sesetengah rakyat negara ini tidak menghargai tarikh bersejarah 16 September 1963? Jangan salahkan pandangan bahawa kita sendiri mendiskriminasi tarikh 16 September berbanding tarikh 31 Ogos, sedangkan kedua-dua tarikh itu sama penting dalam lipatan sejarah negara.

Atau rakyat Malaysia lebih mengingati 16 September sebagai tarikh cadangan penubuhan kerajaan baru seperti dicanangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tahun lalu.

Mujur tarikh itu tidak mencipta sejarah kerana ia hanya satu impian Anwar semata-mata. Sebab itu, kerajaan wajar mengangkat Hari Malaysia setaraf dengan tarikh 31 Ogos agar tarikh terbentuknya negara kita lebih dihayati, dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat.

Hubungan antara kaum yang dilihat agak longgar sejak dua tahun kebelakangan ini perlu dipulihkan.

Jika tarikh 16 September dijadikan cuti umum maka elok hari tersebut diadakan acara yang memupuk perpaduan kaum termasuk melibatkan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh itu wajar dikenang sebagai detik bersejarah kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini.

Pada 16 September 1963 , Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia itu membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak memperoleh kemerdekaan daripada British melalui Malaysia.

Berdasarkan geopolitik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960-an, penyatuan itu lebih bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama terutama daripada ancaman komunis.

Dalam proses pembentukannya, gagasan itu ditentang oleh Filipina dan Indonesia. Beberapa tahun lalu Manila mengisytihar tidak akan menuntut Sabah yang berada dalam Malaysia.

Tetapi berlainan dengan Indonesia, masih ada api dalam sekam yang masih berbara. Dalam kempen pembersihan rakyat Malaysia di Indonesia sejak tiga minggu lalu pemerhati politik Datuk Hashim Suboh berpandangan, rakyat kita perlu sentiasa kekal matang, cerdik, bijaksana dan rasional.

"Rakyat Indonesia khususnya politikus, karyawan media, pemimpin NGO dan mahasiswa sebenarnya baru mula bernafas dalam udara demokrasi.

"Mereka yang ghairah tentang hak, ketelusan dan keterbukaan ini akan lambat-laun menyedari bahawa di alam realitinya bangsa Indonesia tidak boleh dimajukan dengan sajian politik retorik semata-mata," jelas Hashim ketika dihubungi.

Dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia, kata beliau, adalah penting untuk kita tidak lagi bersentimental dengan mereka. Buang jauh-jauh hubungan secara abang-adik kerana kita dan mereka pasti mudah terguris dan tercalar oleh sesuatu perkara berbanding dengan pola hubungan bersama rakan-rakan yang berdiri sama tinggi.

Kini terbukti penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah suatu keputusan yang tepat dan terbukti membawa rahmat besar kepada rakyat dan kedua-dua negeri.

Dengan bukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi hari ini, tidak ada pihak boleh menafikan kewajaran penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi yang dikecapi sejak merdeka menerusi Malaysia 46 tahun lalu, jelas berjaya mengubah landskap kedua-dua negeri di Pulau Borneo itu.

Menurut Hashim yang juga Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, kejayaan memajukan negara secara seimbang tanpa membiarkan mana-mana negeri atau daerah tertinggal, daif dan kelihatan seolah-olah terabai dan dipinggirkan mestilah dijadikan matlamat utama mana-mana kerajaan dan mereka yang diangkat menjadi pemimpin kerajaan.

Konsep federalisme perlu dihayati sepenuhnya biarpun kita bersaing habis-habisan di pentas politik. Sementara politik dan demokrasi perlu dimatang dan dimurnikan, Malaysia sesungguhnya kini memerlukan persekitaran politik yang lebih kondusif, cerdik, beradab dan saling menghormati di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak mungkin telah tiba masanya parti-parti politik berasaskan negeri dinaikkan taraf atau diserapkan menjadi parti politik bertaraf nasional jika benar kita semua inginkan Malaysia yang satu dan holistik," kata Hashim.

Kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berada dalam petak atau kompartmen yang berasingan telah terhakis dengan cukup jelas sebaik-baik sahaja kita menghentikan penggunaan istilah Malaysia Barat untuk merujuk Semenanjung dan Malaysia Timur untuk Sabah dan Sarawak.

"Ia tambah dimantapkan lagi apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan menyeragamkan waktu yang memberikan kesan psikologi yang cukup besar kepada seluruh rakyat tentang 'kesatuan' kita.

"Pada masa yang sama kelonggaran peraturan kemasukan rakyat dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak turut membantu melenyapkan perasaan 'keterasingan' yang amat tidak perlu itu.

"Supaya perasaan itu terus terhapus mungkin lebih wajar perkataan Semenanjung juga tidak perlu digunakan lagi selepas ini. Sebaliknya kita boleh terus merujuk identifikasi geografi kepada negeri atau bandar yang telah kita gunakan dengan selesa di luar perkataan Sabah dan Sarawak," jelas Hashim.

-UTUSAN-

-semoga Malaysia kekal aman seluruhnya, serta semoga semua rakyat Malaysia kasih pada tanah air mereka ini.. Sungguhpun sifat patriotik yang mendalam sukar ditemui pada jiwa-jiwa rakyat Malaysia pada ketika ini, namun semoga kita menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan dan kesejahteraan ini dengan berdoa sentiasa demi keamanan, dan menjauhi sebarang bentuk persengketaan, baik perkataan, tulisan ataupun perbuatan-

Teruskan membaca......

Wednesday, July 1, 2009

selamat menyeyapkan diri

Jaga-jaga

Assalamualaikum.

Makluman.


Oleh kerana pemilik blog ini tidak mempunyai sebarang saluran capaian internet samada berwayar atau pun tidak berwayar, dan kepayahan tenaga, kewangan dan jarak untuk ke siber kafe yang mengalu-alukan pembangunan teknologi, maka dengan ini tidak lah blog ini dapat dikemas kini sekemas kemasnye dengan sesenang hatinya atau sekerap kerapnya.


Semoga teman-teman lain yang sudah berkerjaya, berbakal berkeluarga dan seangkatan dengannya, semoga berbahagia.







Teruskan membaca......

Friday, May 1, 2009

Sokonglah COKLAT Tasneem Buatan Bumiputera

layarilah website ; www.coklathalal.com

panned coklat 250 g RM12

RM 1.90 EACH


lolipot coklat stik RM0.70



80 biji RM75 - isi badam


Syarikat ni dah keluarkan berita pasal coklat ni dalam KOSMO beberapa hari lepas. Saja buka website nye tuk tengok lebih detail.. mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan atau sumber kekenyangan anda, atau juga hadiah di hari perkahwinan (????).. ape kata?

~Selamat Mencuba~

Teruskan membaca......

Tuesday, April 21, 2009

Tahukah Anda Apa Maksud Family?

Setakat ini bahan-bahan di sini kebanyakkan dari sumber luar. Belum mampu lagi nak create sendiri. Tak macam blog ini.

Apepun, entri ini menarik untuk kesedaran kita bersama..

Tentang Family.




Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

**walaupun mungkin ada yang bertanya kepada FAMILY = Father and Mother je. terpulang pada tafsiran sendiri.. nama pun pinjam sumber luar**

Penghargaan: http://isuhagat1.blogspot.com




Teruskan membaca......

Saturday, April 18, 2009

Tips Mudah Memahami Si Dia...

assalamualaikum..

setelah hampir seminggu/dua minggu tidak update blog seperti blogger2 lain yang bercuti pada waktu bukan cuti sebenar (study week), maka di datangkan untuk entri terbaru buat perkongsian bersama.

opps, tips mudah memahami si dia tu = buku / nota-nota untuk exam.. Bukan yang lain..

huhu.. entri di bawah ini di lampirkan tanpa sebarang pindaan.


Sumber:
http://www.esekolah.info/index.php?option=com_content&task=view&id=933&Itemid=


Terima kasih kepada:

padelhakim dari www.iluvislam.com untuk rujukan laman web tersebut.


TIPS MEMUDAHKAN PEMAHAMAN SEWAKTU BELAJAR

Satu persoalan, adakah anda faham apa yang anda baca? Sebenarnya pemahaman berkait rapat dengan pengingatan. Untuk mengingati suatu fakta dengan mudah, kita harus memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk memahaminya dan menggunakan cara yang sistematik untuk mengingatinya. Disini tersenarai beberapa teknik mengingati suatu fakta dengan sistematik dan mudah. Sebenarnya setiap orang mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.

1. Berbisik sendirian boleh membantu menguatkan ingatan
- Apabila anda cuba menghafal sesuatu fakta, anda boleh menukarkannya kepada bahasa dan berbisik kepada diri sendiri. Ini dapat mengukuhkan ingatan anda.

2. Untuk fakta yang tidak harus dilupakan, mesti dihafal pada keadaan sekitar yang lain dari biasa.
- katakan suatu fakta yang agak penting untuk matapelajaran tertentu, maka anda harus menghafalnya dengan baik ditempat yang lain dari biasa. Contohnya menghafal dihadapan cermin atau didalam bilik air. Dengan memikirkan keadaan tersebut, secara tidak langsung anda teringat fakta berkenaan.

3. Kaitkan fakta yang sukar diingati dengan objek-objek yang selalu dijumpai.
- Cari apakah barang yang paling selalu anda lihat. Apabila sukar menghafal sesuatu fakta, kaitkan dengan barang tersebut. Dengan itu, fakta itu tidak mudah luput.

4. Buat ulangkaji matapelajaran yang dipelajari dalam jangkamasa 9 jam.
- Mengikut kajian, hanya 35% atau 2/3 daripada fakta yang dihafal kekal dalam ingatan dalam jangkamasa 9 jam. Oleh itu, dalam masa 9 jam selepas mempelajari sesuatu pelajaran, anda harus mengulangkaji sekali lagi untuk meningkatkan tahap ingatan anda.

5. Ingatan lebih jelas jika gerakan disertakan.
- Semasa belajar sejarah, anda mungkin bosan dengan nama tokoh atau tahun yang perlu diingati. Apabila keadaan ini berlaku, anda boleh berdiri dan cuba melakukan beberapa gerakan yang berkaitan dengan tokoh berkenaan. Dengan itu, anda dapat mengingatinya dengan lebih berkesan.

6. Pengetahuan yang ada mesti digunakan, barulah menjadi kepunyaan.
- Seringkali ada orang bertanya, " Ingatan saya lemah, apakah yang patut saya lakukan?" Sebenarnya, manusia akan melupakan sesuatu untuk mengingati sesuatu yang lain. Sesuatu yang diperlukan akan kekal dalam ingatan dan yang tidak digunakan akan dilupakan. Oleh itu, jika anda mahu apa yang dipelajari kekal dalam ingatan, anda harus sering menggunakannya.

7. Cara pembelajaran ke depan tiga langkah dan undur dua langkah dapat memperkuatkan ingatan.
- Anda boleh membahagikan apa yang anda hendak pelajari kepada tiga bahagian. Selepas menghabiskan bahagian utama, terus ke bahagian kedua. Apabila tamat bahagian kedua, ulangi bahagian pertama dan baca bahagian kedua dan seterusnya. Apabila habis bahagian ketiga, kembali membaca kesemua bahagian. Dengan ini anda pasti dapat mengingati fakta penting dan memahaminya dengan bagus.

8. Membuat catatan kesilapan dapat mengelakkan kelemahan mudah lupa dan susah untuk mengingati.
- Menganggap peperiksaan atau latihan sebagai jalan untuk mencari kesilapan diri, baru ada maknanya. Tetapi manusia sering melupakan sesuatu yang dibencinya atau yang tidak berfaedah kepadanya. Untuk mengelakkan keadaan ini, buat catatan kesilapan yang dilakukan semasa latihan atau peperiksaan. Misalnya, anda boleh melekatkan soalan yang salah dijawab dalam sebuah buku latihan dan tuliskan jawapan sebenar di tepi soalan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti kesilapan anda.

Menggunakan Otak Orang Lain

Jangan salah tafsir maksud ayat diatas. Teknik menggunakan otak orang lain ialah menceduk cara pembelajaran dan pengetahuan yang ada padanya untuk kegunaan diri sendiri. Pergaulan yang baik adalah perlu untuk menggunakan cara ini.

a) Pandai bercakap tidak setanding pandai mendengar
- Tidak kira siapa pun orang ternama, mereka merupakan orang yang mahir mendengar. Melalui itu, mereka mengumpul banyak maklumat dan menggunakanya atas kerjaya diri sendiri dan mencapai kejayaan. Oleh itu, jika anda hendak menggunakan otak kawan atau guru, anda mesti menjadi seorang yang mahir mendengar.

b) Mendengar pengalaman kegagalan lebih baik daripada pengalaman kejayaan.
- Pengalaman kejayaan seseorang biasanya lebih menumpukan keputusannya dan mengabaikan proses kejayaannya. Sebaliknya jika mendengar pengalaman kegagalan, biasanya akan dijelaskan sebab menghadapai masalah dan kesilapan yang dilakukan dengan teliti. dan tentunya anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman kegagalan petunjuk jalan kejayaan.

c) Maksud belajar ialah teknik mencuri kaedah pembelajaran dan pengetahuan orang lain.
- Belajar adalah mengumpul maklumat kemudian menukarkannya menjadi pengetahuan diri sendiri dan seterusnya menggunakannya. Oleh itu, cara yang paling cepat dan tepat ialah mencuri teknik atau pengetahuan orang lain. Sasarannyaguru, abang , kakak, rakan dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti mendapatkan pandangan kawan tentang soalan atau topik tertentu dan kesimpulan yang dibuat olehnya.

d) Menggunakan otak orang lain dapat mengenalpasti kelemahan diri
- Kandungan nota ialah isi dan maklumat penting dari buku rujukan dan teks. Ia memudahkan proses mengulangkaji. Sekiranya ia dapat ditukar-tukar dengan kawan, anda dapat menukar maklumat yang tidak terdapat dalam buku nota masing-masing. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan sendiri.

e) Menggunakan perbincangan kumpulan kecil dengan betul, membolehkan anda menggunakan otak orang lain untuk belajar
- Kelemahan pembelajaran dalam kumpulan kecil ( study group ) adalah disebabkan tiada kerjasama antara ahli. Jadi pilihlah seorang ketua yang berdaya maju dan berdedikasi dari segi pelajaran dan bertanggungjawab mengajar cara penbelajaran bukan apa yang perlu dipelajari. Ketua akan membahagikan projek kepada setiap ahli kumpulan dan perbincangan tentang jawapan yang tepat dilakukan. Kesimpulannya, kita dapat menerima lebih pandangan dari pelbagai sudut dan lebih memahami pembelajaran.

f) Membuat ramalan soalan, libatkan lebih ramai kawan.
- Jika peperiksaan hampir tiba, antara langkah yang dilakukan ialah membuat ramalan soalan. Tetapi kadangkala soalan tidak menyeluruh dan tidak tepat, kumpulkan soalan ramalan yang dibuat oleh rakan dan buat perbandingan.

g) "Guru" merupakan buku rujukan terbaik.
- Semasa dalam kelas, anda harus meneliti penerangan guru dan buat catatan fakta yang dititik beratkan. Buat ulangkaji. Jika ada kemusykilan, rujuk kepada guru terbabit untuk penerangan yang jelas ataupun dapatkan nasihat tentang contoh latihan dan buku kerja yang sesuai digunakan. Dengan kata lain, guru merupakan rujukan terbaik.





Teruskan membaca......

Friday, April 3, 2009

LAWAK HARI INI

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya...

Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)

Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang.Setiap benda dlm Bahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.

Ayah : Senang jer...." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?



Kredit: Sumber

Teruskan membaca......

Anda LELAKI atau PEREMPUAN?

(dari satu penyelidikan)


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:




FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!











OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN


Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara
ini.."


Kredit: Sumber


Teruskan membaca......

Wednesday, April 1, 2009

Cuba Buat Read More, tapi....

READ MORE :

atau kiranya boleh dianggap sebagai link kepada entri penuh tanpa perlu di pamerkan secara penuh di muka depan.

Dah berjaya buat.. tapi ditukar kepada TERUSKAN MEMBACA...
ubah lain sikit la (hehe).. tapi.......

Nampaknya, anda dah tekan TERUSKAN MEMBACA ye..

gitu la..
kalau entri nye panjang dan memang harus di link begitu takpe..
yang timbul sekarang, semua entri yang dipos, ada link tersebut walaupun telah cuba diedit edit (usaha lagi..)

buat masa ni tak jadi lagi.

maka, sebarang kesulitan membaca, melihat dan menatap blog ini harap sudi la buat2 tak tahu..

akan cuba diperkemaskan kemudian di masa yang lapang..


Sekian.
Catatan sebelum buka buku sebenar untuk hari ini..
OCS545...oh...




Teruskan membaca......

Nak Menang Hadiah? Klik CEPAT!!



macam biasa:

KREDIT: Sumber dipercayai.

Teruskan membaca......

TAK PANAS KE??

Tak rasa panas ke tangan mereka ni?
Jom tengok.





Kredit: sumber. (lupa save alamat blogger )

Apepun, thanks. Kreatif. tapi kita manusia tak mampu la wa gitu..huhu

Teruskan membaca......

Thursday, March 26, 2009

Style of Sleep reflect yourself?

The steps to be followed:

  • First, get imagine or view your style of sleeping (e.g:"eden tido gaya gini...terlentang ke, tersopan ke")
  • Second, confirm the imagination or style
  • Third, now you can scroll down to see the pictures below
  • Fourth, see whether the picture's definition reflect you, yourself.

Good Luck!



































Teruskan membaca......

KEMAHIRAN SEORANG PELAJAR, VERSI UNIVERSITI

Apakah kemahiran yang dimiliki oleh anda di dalam bilik darjah/kelas/kuliah?

Adakah kemahiran itu seperti:


  • Mendengar sambil mencatit
  • Mencatit sahaja
  • Mendengar kuliah sambil merancang menu masakan malam nanti
  • Mendengar dengan gaya menyakinkan tetapi tangan aktif meng'IMO' dan menyimpan karya-karya manga?
  • Menulis nota penting sambil menghulur nota perbualan kepada rakan di barisan anda/atau di barisan jiran
  • Melihat slide presentation sambil terbayang diri sendiri sebagai pemberi kuliah
  • Atau, mendengar, mencatit, sambil melukis seperti DI ATAS? ....

Nyatakan kemahiran anda..

Tag: sesiapa sahaja yang membaca entri ini.

(baiklah: Khas untuk dikembalikan entri ini oleh "Dayang, Atasya"

Teruskan membaca......

Wednesday, March 25, 2009



Salam Perkenalan.







Sebagai pendahuluan sebelum blog ini dikemaskini, nikmatilah tarian Kurik Kundi dari para penguin yang menawan ini!..
Nota: Sila pastikan speaker anda berfungsi.


Teruskan membaca......

Penguins

Teruskan membaca......